Setelah bersama Pn Norihah dalam sesi kuliah Kecerdasan Emosi pada tarikh 3 Julai 2012, saya telah mampu memahami serba sedikit mengenai kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual.
Kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual, kesemua kecerdasan ini memang diperlukan supaya kita mampu menjalani kehidupan yang bermakna sepanjang dan setiap hari. Tanpa mengamalkan kesemua kecerdasan diatas, kehidupan kita seolah-olah seperti tiada gunanya dan tiada ertinya.
Kecerdasan emosi membawa maksud kemampuan diri kita untuk mengenali emosi diri sendiri dan juga emosi orang lain. Kecerdasan ini amat penting sekali kerana sekiranya kita tidak mengenali dan tidak pandai mengendalikan emosi kita, kita tidak mampu untuk membina hubungan dengan orang lain. Sebelum mengenali emosi orang lain kita harus kenali emosi diri kita terlebih dahulu dengan berupaya menyatakan sebab-sebab berlakunya pergolakan emosi dalam diri kita. Kebiasaanya emosi ini dikaitkan dengan perasaan dan fikiran kita yang seterusnya mendorong kita untuk bertindak. Emosi yang sedang kita hadapi boleh dilihat melalui tingkah laku kita. Misalnya, ketika emosi marah, kita akan bercakap kasar dan meninggikan suara. Apabila emosi sedih pula, kita akan sentiasa muram, menangis dan mendiamkan diri. Kesemua emosi tersebut adalah normal bagi kita sebagai seorang manusia yang tidak sempurna. Jadi, jalan kesempurnaan menguruskan emosi kita adalah sikap toleransi. Sikap toleransi ini harus berlaku supaya ianya adil untuk diri kita mahupun org lain. Pendek kata, toleransi ini memberikan impak kepuasan yang samarata antara diri kita dan orang lain.
Untuk kecerdasan intelek pula, Kecerdasan intelektual adalah yang berhubungan dengan proses kognitif seperti berpikir, daya menghubungkan, dan menilai atau mempertimbangkan sesuatu. Atau, kecerdasan yang berhubungan dengan strategi pyelesaian masalah dengan menggunakan logika. Kecerdasan ini penting bagi meningkatkan taraf hidup. Misalnya, apabila kita berasal daripada keluarga yang miskin, kita akan berusaha untuk meloloskan diri dari kepompong kemiskinan itu. Perbuatan meloloskan diri dari belenggu kemiskinan itu merupakan satu proses pnyelesaian masalah kepada belenggu kemiskinan. Dsini telah berlaku kecerdasan intelek kerana berusaha untuk meningkatkan taraf hidup. Disamping itu, apabila kita mempunyai kecerdasan intelek yang bagus, kita mampu menjana idea2 baharu yang bernas yang boleh membwa kepada peningkatan taraf hdp manusia.
Kecerdasan spiritual pula bagi saya lebih menjurus kepada menemukan makna hdup dan kebahagian. Hal ini demikian kerana setiap manusia yang hdup di dunia ini adalah bertujuan untuk mencari kebhagiaan. Jika kecerdasan spiritualnya tinggi maka seseorang akan mudah dalam meraih kebahagiaan. Namun jika kecerdasan spiritualnya rendah, akan sulit seseorang itu akan merasakan sebuah kebahagiaan. Betapa penting hal ini untuk diperhatikan. Sebab, kebahagiaan adalah inti atau hakikat dari tujuan hidup seorang anak manusia. Jangan rsau. Kecerdasan spiritual ini mampu dilatih dengan sentiasa dekatkan dri dengan Tuhan.
Video yang saya pilih ini adalah berkisar tentang kehidupan
kejiranan. Saya memilih video trsebut
kerana video ini banyak memainkan peranan kecerdasan emosi (KE) walaupun agak
singkat. Jadi, video ini amat sesuai
sekali untuk saya membuat refleksi mengenainya.
Pertama sekali, kita dapat melihat bahawa pemuda Melayu itu,
tdk dapat mengawal emosi marah lalu bertindak secara tidak rasional iaitu
memarahi jirannya yang berbangsa India. Pada
awlnya, dia marah kerana jiran Indianya meletakkan tong sampah dihadapan
rumhnya ketika balik dari kerja dan seterusnya memarahi jirannya itu kerana
membuang sampah di hadapan rumahnya.
Sepatutnya, pemuda itu tidak harus bertindak secara
melulu. Dia seharusnya menyiasat
terdahulu kejadian. Mungkin perbuatan
meletakkan tong sampah atau membuang sampah itu bukan perbuatan jiran
indianya itu. Kalau betullah perbuatan itu dilakukan oleh
jirannya, dia harus menegur jirannya itu secara baik dan bukan memarahinya. Pemuda melayu itu seharusnya menjaga hati
jirannya itu kerana perbuatan memarahi org lain akan membuatkan org yang
dimarahi itu tsinggung atau kecil hati.
Dlam video ini, saya begitu menyanjungi sikap pemuda India
itu. Pemuda India itu tidak mengambil
hati pun akan sikap jirannya yang suka marah-marah. Mungkin dia memahami emosi jirannya sebb itulah dia tdk mudah
kecil hati dengan tuduhan jirannya itu. Saya
berkata sedemikian kerana dia sanggup menolong jirannya itu ketika jirannya
berada dlm kesusahan. Ada sesetengah org
pula, akan berdendam dan tdk sudi menolong org yang telah membuat jahat pada
dri mereka.
Pemuda india itu turt menyelitkan unsur kecerdasan spiritual
dalam dirinya. Hal ini demikian kerana
dia telah mengamalkan semngat kejiranan dalam dirinya. Sememangnya semangat kejiranan begitu
mustahak sekali untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.
Itu sahaja dari saya..
KATA-KATA HARI INI :
Disaat amarah menyelimuti hati, akal sehat akan mati dan tindakan menjadi tak terkendali.
KATA-KATA HARI INI :
Disaat amarah menyelimuti hati, akal sehat akan mati dan tindakan menjadi tak terkendali.
No comments:
Post a Comment